Lelaki disyaki curi kipas, selipar direman

Iklan

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki direman empat hari bermula hari ini selepas disyaki mencuri kipas dan sepasang selipar di sebuah rumah di Kampung Tanjong Batu Rakit, Kuala Nerus, dalam kejadian Jumaat lalu.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, Roszita Md Saad terhadap suspek yang berusia 34 tahun bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dijalankan.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, kehilangan seunit kipas meja yang berada di beranda rumah dan sepasang selipar hanya disedari pemilik rumah berusia 54 tahun kira-kira jam 3 pagi.

"Yakin barang-barang itu sudah dicuri, lelaki tersebut terus melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam rumah.

Iklan

"Hasil rakaman jelas mendapati seorang lelaki dikenalinya dengan panggilan 'mamat' yang mencuri barang-barang itu.

"Mangsa turut mensyaki suspek yang bertanggungjawab dengan kehilangan barang-barangnya termasuk mesin rumput, 'water jack', tayar lori, bingkai jendela dan barang-barang tembaga sebelum ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Jelas sumber, susulan laporan polis yang dibuat mangsa di Balai Polis Batu Rakit, Kuala Nerus, suspek berjaya ditangkap di tepi jalan Kampung Pantai Batu Rakit, Kuala Nerus, kira-kira jam 11.45 malam, semalam.