Isytihar barang dapur cubaan seludup rokok, arak RM3.91 juta

Iklan
Pun Sian (dua, kiri) menunjukkan antara rampasan rokok seludup di Pelabuhan Klang, Selangor baru-baru ini.

KLANG - Cubaan seludup rokok dan arak bernilai RM3.91 juta dengan mengikrar sebagai barang dapur serta tisu basah terbongkar selepas dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Pelabuhan Klang di sini, baru-baru ini.

Pengarah Operasi Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah, Wong Pun Sian berkata, rampasan itu membabitkan empat kontena menerusi siri operasi pada Mei hingga Jun lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tiga kontena berisi 4.1 juta batang rokok itu ditahan di Pelabuhan Barat, manakala sebuah kontena mengandungi 21,840 liter minuman keras ditahan di Pelabuhan Utara.

"Kontena muatan rokok putih bernilai kira-kira RM3 juta termasuk cukai ini diikrarkan dengan pelbagai muatan dan peralatan dapur.

Iklan

"Dipercayai kontena dari negara jiran dan Asia Timur sebelum diseludup ke Australia namun ditransitkan ke pelabuhan itu," katanya pada sidang akhbar di Wisma Kastam, Pulau Indah pada Khamis.

Tambah Pun Sian, rampasan 21,840 liter minuman keras bernilai RM839,361 termasuk cukai dibuat susulan penahanan sebuah kontena.

Iklan

Katanya, semakan mendapati kontena itu diikrar sebagai 'wet tissue' bagi mengelak dikesan JKDM.

Tambah Pun Sian, kes ini disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967.

Justeru, JKDM menyeru orang awam untuk menyalur maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam terdekat di semua negeri.