Keutuhan perpaduan kunci keharmonian negara - Fadillah

Iklan
Fadillah

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof menekankan bahawa keutuhan perpaduan adalah kunci untuk keharmonian, kemakmuran serta kesejahteraan rakyat dan negara.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) berkata, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan, masyarakat perlu berganding bahu untuk menjayakan gagasan Malaysia Madani yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan
Iklan

"Melihat kepada senario semasa, saya juga menasihatkan supaya rakyat Malaysia dapat menjauhi sifat ekstremis yang menabur fahaman perpecahan serta menyemarakkan api perkauman yang boleh mencetuskan perpecahan dan suasana tidak harmoni dalam negara," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum itu, Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) buat kali pertama diadakan pada tahun ini dipengerusikan oleh Fadillah.

Iklan

Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, selaku Timbalan Pengerusi MPPN.

Fadillah turut menekankan kepada Titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika majlis perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan di Kuching, Sarawak pada 21 Mei lalu agar nilai perpaduan dijadikan aset negara demi menjamin masa depan.

Iklan

"Selain mengurangkan jurang perbezaan antara rakyat negara ini dan rumah dijadikan asas permulaan amalan perpaduan. Justeru, titah Baginda mengenai tiga perkara utama ini telah meletakkan perpaduan sebagai perkara asas dan perlu diberi tumpuan khusus," ujarnya.

Dalam pada itu, menurutnya, MPPN pada kali ini membincangkan dan berkongsi mengenai beberapa perkara utama seperti hasil kajian Indeks Perpaduan Nasional

(IPNas), Kerangka Perpaduan Malaysia Madani, cadangan pemerkasaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan pelaksanaan lafaz penuh ikrar Rukun Negara dalam majlis rasmi kerajaan, di sekolah-sekolah serta institut pengajian tinggi seluruh negara.

Selain itu, katanya, mesyuarat tersebut juga mendapatkan maklum balas daripada ahli MPPN mengenai usaha dan inisiatif baharu yang telah dilaksanakan dalam memperkasa agenda perpaduan nasional.

"Mesyuarat juga memfokuskan kepada pelaporan mengenai pelaksanaan program yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kementerian di bawah flagship Kembara Perpaduan yang merangkumi tiga kluster utama iaitu Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Program Komuniti Rahmah," ujarnya.