Pelupusan hutang peneroka Felda: 'Itu dokumen sukuk' - Muhyiddin

Iklan
Anwar, Muhyiddin

SHAH ALAM - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa dokumen berkaitan pelupusan hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang didedahkan oleh Kementerian Kewangan pada Khamis bukanlah berkaitan perkara tersebut.

Sebaliknya bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, dokumen berkenaan adalah berkaitan sukuk.

Iklan
Iklan

"Pendedahan dokumen itu membuktikan saya bercakap benar. Siaran media kementerian itu juga mengesahkan ia berkenaan jaminan kerajaan sebanyak RM9.9 bilion dan bukan Pelupusan Hutang Peneroka sebanyak RM8.3 bilion yang telah pun saya selesaikan pada tahun 2021,” katanya dalam satu kenyataan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan mengesahkan perjanjian Assignment for Financial Service Reserve Account (FSRA) telah ditandatangani oleh Perdana Menteri pada 26 Jun lalu.

Iklan

Menurutnya, perjanjian itu melibatkan Jaminan kerajaan sebanyak RM9.9 bilion kepada Felda untuk menstruktur semula pinjaman agensi tersebut melalui terbitan sukuk dan kredit pusingan dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan Felda.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh juga mendakwa dokumen sukuk yang didedahkan juga menunjukkan Anwar tidak memahami kandungan dokumen yang beliau tandatangan sebagai Menteri Kewangan.

Iklan

"Ini bahaya. Entah apa lagi dokumen atau perjanjian yang dia tandangan atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang dia tidak faham atau tidak tahu isi kandungannya,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meneruskan tindakan saman fitnah terhadap Anwar.

"Oleh kerana Anwar gagal mengemukakan permohonan maaf tanpa syarat dan secara terbuka kepada saya dalam tempoh 24 jam sepertimana yang terkandung di dalam surat tuntutan peguam saya kepadanya, maka saya telah mengarahkan peguam saya untuk meneruskan tindakan saman fitnah ke atasnya,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:

Hutang peneroka Felda: Muhyiddin hantar notis tuntutan kepada Anwar

PM sedia tunjuk bukti hapus hutang peneroka Felda

Anwar, Muhyiddin berjasa dalam penyelesaian hutang peneroka Felda

Hutang Felda: Anwar tunjuk bukti, desak Muhyiddin mohon maaf

Hutang Felda: MOF sahkan Anwar tandatangan FSRA

Dokumen didedahkan bukan perjanjian lupus hutang Felda - Marzuki