Penubuhan unit khas kawal isu 3R wajar - Mohd Azizuddin

Iklan
Mohd Azizuddin

SHAH ALAM - Penubuhan unit khas bagi mengawal isu 3R (raja, agama dan bangsa) wajar dilaksanakan untuk memastikan ia tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak sehingga menggugat ketenteraman awam.

Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, tindakan itu tidak menjadi masalah kerana kawalan yang ketat memang diperlukan terutamanya di media sosial.

Iklan
Iklan

"Tidak salah untuk membincangkan mengenai isu tersebut tetapi tidak boleh dimanipulasikan demi kepentingan politik semata-mata,” katanya menerusi siaran langsung di Sinar Live pada Khamis.

Sebelum ini media melaporkan, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mencadangkan untuk menubuhkan satu unit khas bagi meneliti kes-kes berkaitan isu 3R khususnya sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Iklan

Jelas Fahmi, ia bukan bertujuan menyekat kebebasan mana-mana pihak tetapi untuk mengelakkan bibit-bibit perpecahan.

Dalam pada itu, Aizuddin berkata, tindakan memainkan isu 3R itu dipercayai taktik untuk menakutkan dan mempengaruhi pengundi.

Iklan

"Rakyat perlu bijak dalam menilai isu-isu berbangkit dan sentiasa memastikan setiap pandangan atau tindakan membahaskan perkara tertentu berdasarkan fakta yang sahih,” ujarnya.