Muhammad Erry, Nur Dhabitah terbaik MASUM 2022

Iklan
Muhammad Erry menerima trofi dan replika cek daripada Mohamed Khaled (dua kanan) pada majlis tersebut.

ATLET angkat berat, Muhammad Erry Hidayat dan penerjun Nur Dhabitah Sabri masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2022 dalam majlis di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada malam tadi.

Kedua-dua olahragawan dan olahragawati tersebut membawa pulang sijil, trofi, piala pusingan serta wang tunai RM3,000 yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Iklan
Iklan

Muhammad Erry dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang juga pemenang pingat perak Sukan Komanwel Birmingham menerusi acara 73 kilogram (kg) mengetepikan atlet karate, Muhammad Arif Afifuddin Ab Malik dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Sementara Nur Dhabitah pula merupakan pemenang pingat perak acara 3 meter papan anjal individu pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 menewaskan atlet menembak, Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Iklan

"Anugerah ini penting sebagai suntikan semangat untuk saya meletak sasaran melakukan yang lebih baik terutamanya di kejohanan kelayakan Sukan Komanwel 2026.

"Proses kelayakan dijangka bermula tahun depan. Saya tidak menyertai Sukan Olimpik kerana berada di tangga ke-16 dunia. Bagi layak (Olimpik) perlu berada dalam kedudukan 10 teratas," kata Muhammad Erry kepada pemberita selepas majlis di Dewan Za'Ba KPT.

Iklan

Sebagai rekod, majlis diadakan bagi memberikan penghargaan kepada atlet-atlet Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan pegawai-pegawai yang mengharumkan nama MASUM sepanjang 2022.

Pada majlis sama, Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIADE) Chengdu, China turut diadakan.

Sebagai rekod, Malaysia bakal menyertai lapan acara sukan iaitu badminton, olahraga, memanah, menembak, taekwondo, renang, terjun dan wushu.

Malaysia menyasarkan tiga pingatberharap untuk atau mengatasi pencapaian dalam edisi Napoli 2019 di Itali sebelum ini.

Kontinjen ini akan turut disertai beberapa atlet berprofil tinggi negara antaranya, pemegang rekod baharu 400 meter (m) kebangsaan, Umar Osman dan Muhammad Syafiq Zuber (taekwondo) yang merupakan pemenang pingat gangsa di UNIVERSIADE 2019, Itali.

Umar, 20, mencipta sensasi apabila memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan masa 46.34 saat (s) ketika memenangi pingat emas Sukan SEA Kemboja 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh, Kemboja, bulan lalu.

Dalam pada itu, Muhammad Syafiq, 23, menghadiahkan pingat emas ke-30 kontinjen negara pada Kemboja 2023 apabila mengungguli kategori kyorugi lelaki bawah 80 kilogram (kg), di Pusat Konvensyen Chroy Changvar

Kontinjen Malaysia diwakili seramai 96 orang akan diketuai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Universiti Malaysia Pahang (UMP)Prof Madya Ts Dr Mohd Rusllim Mohamed, akan berkampung di Chengdu, China mulai 28 Julai hingga 8 Ogos.

Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT, Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), KPT, Datuk Dr Mohd Zabri Yusoff; Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Mohd Zahari Ismail dan para atlet IPT.