Simpan gambar bogel isteri rakan, lelaki mati dibelasah

Iklan
Fadzil Ahmat

SUNGAI BULOH - Gara-gara memiliki serta menyimpan gambar bogel isteri rakan, seorang lelaki maut dibelasah dalam kejadian di sebuah rumah di Bandar Baru Sungai Buloh, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya menerima panggilan Mers999 daripada seorang lelaki tempatan memaklumkan anaknya dipukul oleh beberapa individu hingga tidak sedarkan diri.

Iklan
Iklan

Menurutnya, anggota kereta peronda (MPV) dan pihak Hospital Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

"Siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku akibat mangsa berusia 27 tahun ini memiliki gambar bogel isteri suspek dan menyimpannya di dalam telefon bimbit.

Iklan

"Sebelum kejadian, mangsa telah datang ke tempat kejadian setelah dipanggil oleh isteri kepada suspek ke rumahnya untuk mendapatkan maklumat berkenaan gambar bogel tersebut. Sampai di sana, mangsa disyaki telah dipukul dengan menggunakan rotan oleh empat suspek terdiri daripada tiga lelaki serta seorang wanita," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal juga mendapati, mangsa yang juga rakan kepada suami wanita terbabit dikatakan mengambil gambar bogel ketika wanita itu sedang mandi.

Iklan

Mangsa ini juga dikatakan mengugut wanita tersebut agar mengikut kehendaknya jika tidak mahu gambar itu disebarkan.

"Siasatan masih dijalankan dan polis telah menahan empat suspek termasuk pasangan suami isteri tersebut pada hari kejadian.

"Kesemua suspek berusia 26 hingga 36 tahun itu kini direman tujuh hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.