Subsidi bersasar: Kerajaan beri masa kepada pemain industri kecil

Iklan
Salahuddin

ALOR SETAR - Semua pemain industri kecil diberikan tempoh yang cukup bagi menentukan pelan perniagaan masing-masing sebelum subsidi bersasar dilaksanakan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata, kerajaan tidak mahu golongan ini terjejas dan minta mereka bersedia daripada sekarang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan akan melaksanakan sistem subsidi bersasar agar sampai kepada golongan yang tepat termasuk minyak peket bersubsidi pada hari ini.

"Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberikan beberapa pandangan konstruktif dan proaktif supaya pemain industri kecil minyak masak lebih ke hadapan dalam menentukan pelan bisnes mereka kerana dalam keadaan dunia yang kompetitif ini tidak ada satu industri yang boleh kekal dengan cara lama dan kebiasaan.

Iklan

"Kita sedang tunggu Pangkalan Data Utama (PADU) menyiapkan data yang lebih konstruktif yang dijangka siap akhir tahun ini," katanya pada sidang akhbar pada Jumaat.

Salahuddin ( kiri) merasmikan Persatuan Pengampit Minyak Masak Melayu Zon Utara dan Langkawi Borong Edar di Alor Senjaya, Alor Setar pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas hadir Majlis Perasmian Persatuan Pengampit Minyak Masak Melayu Zon Utara dan Langkawi Borong Edar di Alor Senjaya, dekat sini.

Iklan

Salahuddin berkata lagi, tempoh masa paling singkat yang akan diberikan kepada semua pemain industri kecil adalah selama dua tahun bagi menentukan pelan bisnes mereka sebelum subsidi bersasar dilaksanakan.

Sebagai contohnya, kuota minyak masak bersubsidi sebanyak 60,000 tan metrik setiap bulan itu akan berkurangan selepas subsidi bersasar dan KPDN meminta pemain industri kecil minyak masak ini mula memikirkan mengenai masa depan perniagaan mereka.

"Kerajaan akan bantu, kalau negeri bersempadan di mana mereka dapat sertai Program Ekonomi Sempadan termasuk akan bangunkan di Selatan Johor yang bersempadan dengan Singapura serta Sabah dan Sarawak yang mempunyai kawasan bersempadanan lebih luas.

"Jadi berharap perkara ini dapat dikongsi bersama, bersedia tetapi kerajaan tidak tergesa-gesa secara drastik untuk menarik kuota itu, kita bagi masa yang cukup untuk bersedia ke arah menghadapi sistem subsidi bersasar," ujar beliau lagi.