Agong berkenan tunai solat Jumaat di Masjid Kampung Hulu

Iklan
Al-Sultan Abdullah berkenan bersalaman bersama jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Hulu, hari ini. - Foto Bernama

MELAKA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Hulu Melaka di sini hari ini. Al-Sultan Abdullah berangkat tiba di masjid itu pada 1 tengah hari.

Keberangkatan Seri Paduka turut diiringi oleh Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Ibrahim Durum, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin dan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman. Khutbah Jumaat bertajuk

Iklan
Iklan

"Amalan 10 Muharam” disampaikan Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil. Abdul Halim dalam khutbahnya berkata bulan ini dinamakan bulan"haram” atau suci kerana Allah mengharamkan sebatang bentuk kezaliman dan setiap kezaliman yang dilakukan dosanya adalah lebih besar berbanding bulan lain.

Beliau juga berkata, umat Islam digalakkan sentiasa muhasabah diri dan melakukan amalan kebaikan demi ganjaran pahala yang dijanjikan Allah seperti berpuasa sunat pada 10 Muharam.

Iklan

Oleh itu, khutbah tersebut menyeru semua Muslim terus beristiqamah dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang dalam syariat Islam. Al-Sultan Abdullah bersama kira-kira 1,000 jemaah kemudian menunaikan solat Jumaat yang diimamkan Abdul Halim.

Usai menunaikan solat, Seri Paduka berkenan meluangkan masa bersalaman dengan jemaah selain mengurniakan sumbangan kepada anak-anak yatim dari Rumah Anak-Anak Yatim Payasum Sungai Udang serta masjid tersebut melalui Pengerusi masjid Muhamad Ikram Ibrahim. - Bernama

Iklan