PRN: BN umum calon malam ini

Iklan
Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon parti yang bakal bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) pada malam ini.

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon parti yang bakal bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) pada malam ini.

Pengumuman itu dijangka dilakukan sendiri oleh Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Difahamkan, pengumuman calon tersebut diadakan secara serentak bagi enam negeri yang bakal diadakan PRN iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang.

Turut dijangka hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan serta kepimpinan tertinggi parti-parti komponen lain antaranya UMNO; MCA; MIC serta Friends of BN.

Iklan

PRN kali ini juga menyaksikan buat julung kalinya BN bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) melalui Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu.

BN akan menampilkan calon-calon daripada UMNO berikutan parti komponennya, MIC dan MCA mengambil keputusan untuk tidak bertanding pada 12 Ogos ini.

Iklan

Selain PRN di enam negeri, turut berlangsung serentak adalah Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 5 Julai lalu, menetapkan 12 Ogos depan sebagai hari pengundian PRN dan diadakan serentak melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, serta Terengganu.

Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 29 Julai dan 8 Ogos.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan tarikh-tarikh penting itu berkata seramai lebih 9.73 juta pengundi yang layak akan menjalankan tanggungjawab pada PRN di enam negeri berkenaan.