Pencapaian dan prestasi Selangor jadi taruhan kempen PRN

Iklan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program Agro Madani.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program Agro Madani.

SHAH ALAM - Aura pembaharuan yang dibuat dan rekod pentadbiran yang dimiliki akan menjadi taruhan kempen kerajaan Selangor untuk mengekalkan kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos depan.

Iklan
Iklan

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan, mereka akan menawarkan pengalaman, sejarah, prestasi terkini dan rencana masa depan kepada rakyat negeri itu.

"Pentadbiran Pakatan Harapan (PH) mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam pentadbiran negeri dan ia teruji dalam menangani beberapa situasi.

Iklan

"Iaitu di saat kita menjadi negeri pembangkang, ketika kita bersama kerajaan Persekutuan selama 22 bulan, di saat kita jadi negeri yang bakal tumbang dalam Langkah Sheraton dan akhirnya menjadi negeri yang sebati dengan kerajaan Pusat sekarang," katanya.

Malah, beliau menegaskan, gabungan PH dengan BN juga akan menambah kekuatan kepada koalisi itu dari sudut tradisi.

Iklan

"Tradisi kepimpinan, pengalaman pembangunan dan tradisi organisasi yang begitu ampuh dalam parti sebesar BN dan UMNO terutamanya boleh dijadikan sumber kekuatan untuk kesepakatan pada hari ini dan masa depan," jelas beliau.

Amirudin memberitahu, kerajaan negeri juga akan memantapkan bidang pendidikan terutama membabitkan pendidikan selepas sekolah menengah jika terus diberi mandat dalam PRN nanti.

Beliau menambah, pembaharuan lain yang akan diberi perhatian juga dari segi pembangunan aspek pengajian Islam yang lebih menumpukan kepada ilmu pengetahuan.

Ditanya tentang sejauh mana keyakinan beliau bahawa rakyat akan terus memilih kerajaan sedia ada dalam PRN nanti, Amirudin percaya dengan sifat rasional, kebijakan dan kemahuan mereka untuk melihat kesinambungan nikmat hidup dan kemajuan di dalam negeri akan membantu PH untuk terus memilih mereka.

"Dari segi negeri, saya rasa negeri tidak melakukan kekejaman kepada rakyat bahkan kita menjadi negeri yang sentiasa mendengar, sentiasa menyesuaikan dan sentiasa memikirkan apa yang terbaik untuk rakyat dalam beberapa tawaran kita," beritahunya.

Penyumbang terbesar

Kecemerlangan Selangor menjadi penggerak utama ekonomi negara dan penyumbang terbesar kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) di peringkat nasional tidak dicapai dengan mudah dalam tempoh lima tahun ini.

Amirudin berkata, pencapaian itu menunjukkan keupayaan Selangor untuk terus melangkah ke hadapan walaupun ia dicapai semasa krisis politik, pandemik Covid-19 serta bencana banjir.

Sehubungan itu, menurut Amirudin, beliau akan memastikan Selangor akan terus menjadi topik perbahasan dalam bidang ekonomi selepas berjaya menunjukkan keupayaan sebagai sebuah negeri yang tahan diuji.

"Pertama sekali negeri Selangor tidak boleh keluar daripada perbahasan ekonomi justeru pencapaian ekonomi Selangor telah kita tunjukkan dengan kemampuan dan keupayaan dalam sudut tahan uji.

"Juga keupayaan kita mengembang (tenaga) di saat dan kala luar krisis dan juga merangka potensi-potensi pada masa depan," katanya.

Beliau menambah pencapaian dan keupayaan itu boleh dilihat dengan laporan dilaporkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) yang menunjukkan trend peningkatan secara berterusan.

"Kalau kita lihat pencapaian dan keupayaan kita itu boleh dilihat dengan laporan Jabatan Statistik (DoSM) terbaru yang mana kita menunjukkan tren peningkatan yang berterusan," katanya.

Menurut laporan DoSM, Selangor mencatatkan peningkatan konsisten dalam sumbangan KDNK setiap tahun dengan 24 peratus pada 2016/2017 dan 24.5 peratus pada 2018/2019.

Tangani krisis penuh sabar

Jelas Amirudin, Selangor sebagai antara sebuah negeri paling padat mendepani krisis-krisis itu dengan penuh sabar dan melaksanakan beberapa inisiatif yang akhirnya berjaya membawa negeri itu keluar dari tekanan krisis.

Menurutnya, antara inisiatif yang menunjukkan angka yang jelas ialah pemberian vaksin Covid-19 yang ditempah sekitar 1.1 juta yang dan digunakan sebanyak 700,000 dengan diberikan secara percuma kepada rakyat Selangor.

"Saya tidak rasa ada negeri lain boleh beli dan diberikan secara percuma saya tengok dalam laporan Parlimen ada negeri beli dalam 5,000 hingga 20,000 malah kita beri percuma 5,000 kepada Pulau Pinang," katanya.

Jelasnya, Selangor juga berdepan dengan peristiwa banjir dan laporan jabatan statistik seperti dilaporkan sebuah portal mendedahkan rakyat Selangor kembali hidup normal kurang sebulan selepas dilanda banjir.

"Ini menunjukkan bagaimana segera dan pantasnya fokus kita dalam menangani isu tersebut bermula dengan operasi mencari dan menyelamat diikuti program pembersihan secara besar besaran.

"Saya sendiri turun (padang), tidur di lapangan dan meninjau di tempat-tempat pembuangan sampah untuk melihat sendiri laporan berapa banyak tan sampah yang kita keluarkan," katanya.