BAPA kepada penyanyi Siti Nordiana, Alias Ahmad meninggal dunia sewaktu tidur pada pagi Jumaat.
Berita pemergian bapanya itu dimaklumkan sendiri oleh Siti Nordiana menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam hantaran itu, Siti Nordiana juga memohon semua yang mengenali mendoakan arwah bapanya.
"Assalamualaikum semua. Ayah Nana yang tercinta Alias bin Ahmad baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. Mohon semua sedekahkan Al Fatihah buat Allahyarham ayah Nana,” tulisnya.
Dalam pada itu di ruangan komen, rakan selebriti juga turut menzahirkan ucapan takziah.
"Innalillahiwainnailaihirojiun... Salam takziah adikku... Moga Allah tempatkan ayahanda di kalangan hambaNya yang soleh dan beroleh syurga. Amin,” @errafazira
"Salam takziah Nana and family. Al-Fatihah,” @farahdhiyq_fd
"Takziah nana Al fatihah pergi hari baroqah. Alhamdulillah, pengakhiran yang cantik,” @shieraijoy