SHAH ALAM - Berpada-padalah dalam berpolitik jangan sesekali sentuh isu sensitiif, itu ingatan Pemuda UMNO Selangor terhadap mana-mana pihak yang cuba meraih sokongan masyarakat dengan cuba menyentuh isu sensitif terutamanya di negeri ini.
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Iszuwan Ismail berkata, pihaknya mewakili golongan muda di negeri ini amat kecewa dengan tindakan segelintir ahli politik yang disifatkan biadab kerana sanggup menyentuh isu institusi diraja demi meraih populariti.
"Kami golongan muda di negeri ini yang mendukung tinggi institusi diraja merasakan amat tercabar apabila ada pihak yang menyentuh berkaitan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas penganjuran Himpunan Daulat Tuanku:Pertahankan Institusi Diraja di perkarangan luar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Jumaat.
Katanya, pihaknya turut merakamkan kekecewaan dengan tindakan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Nor yang didakwa mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan menteri besar.
"Perbuatan individu seperti Sanusi amat tidak bertanggungjawab, sepatutnya beliau tidak perlu menyentuh institusi diraja di negeri ini.
"Saya meminta agar individu seperti ini diharamkan untuk memijak kaki di negeri ini, perbuatan beliau tidak boleh diterima rakyat Selangor," katanya.
Himpunan yang berlangsung kira-kira jam 2 petang itu dihadiri lebih 100 individu melibatkan ahli Pemuda UMNO Selangor dan ahli-ahli pemuda parti politik dalam Pakatan Harapan (PH) Selangor.
Laungan Daulat Tuanku turut bergema dilaungkan para peserta himpunan yang hadir sambil memegang plakad tanda setia kepada Sultan Selangor.
Sebelum ini, Sanusi didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini Selasa lalu atas dua pertuduhan menghasut dengan mengaitkan pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah, minggu lalu.
ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan
Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah
Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi
Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik
Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim
Laungan takbir bergema iringi Sanusi
Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas
'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi
Polis rekod keterangan Guan Eng, Abdul Hadi isu 3R
Polis ambil keterangan Dr Mahathir