CABARAN Malaysia pada kejohanan badminton Terbuka Korea 2023 terhenti di pusingan suku akhir apabila dua wakil terakhir negara ditunjukkan jalan keluar.
Pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong dipaksa bekerja keras selama 45 minit dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Jinnam, Yeosu, tetapi masih tidak memadai untuk menundukkan juara dunia 2021 Loh Kean Yew dari Singapura.