Kerajaan tidak perlu tinggalkan dasar gaji minimum: MTEM

Iklan
Norsyahrin

SHAH ALAM - Kerajaan tidak perlu meninggalkan sistem gaji minimum sedia ada ekoran dasar tersebut diperlukan oleh semua sektor pekerjaan.

Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Norsyahrin Hamidon berpandangan, dasar gaji minimum dilaksana bagi memastikan semua pekerja dibayar gaji wajar bagi memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, pakaian dan pengangkutan.

Iklan
Iklan

Namun sekiranya kerajaan mengikut Model Gaji Progresif (PWM) seperti di Singapura, ia hanya dilaksana dalam empat sektor iaitu pembersihan, keselamatan, landskap dan peruncitan.

"Jadi dalam hal ini, terdapat ciri-ciri baik PWM yang patut diterima pakai oleh Malaysia, namun ia bukanlah satu peluru perak.

Iklan

"Kerajaan seharusnya menetapkan matlamat yang jelas untuk memastikan majoriti pekerja akhirnya mendapat gaji yang melebihi gaji kehidupan wajar,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini media melaporkan, kerajaan sedang meneliti secara dasar PWM dengan perbincangan serta proses libat urus mengenainya sudah bermula membabitkan pelbagai sektor.

Iklan

Dalam pada itu Norsyahrin berkata, gaji kehidupan wajar di Malaysia dianggarkan sekitar RM2,600 sebulan untuk seorang dewasa bujang di Lembah Klang, berdasarkan kajian Bank Negara dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sekali gus jelas terdapat jurang besar antara gaji minimum dan gaji kehidupan wajar.

Justeru beliau berkata, lebih separuh daripada rakyat Malaysia kini hidup di bawah gaji sara hidup.

"Jelas sekali dalam jangka masa panjang, kerajaan perlu menggunakan pendekatan lebih luas melangkaui gaji minimum dan beberapa penambahbaikan berdasarkan PWM Singapura.

"Pendekatan tersebut mungkin termasuk mengurangkan bilangan pekerja asing, menggalakkan penyatuan pekerja dan menggalakkan perundingan kolektif serta menetapkan semula dasar perindustrian dan pelaburan,” ujarnya.