The City Boys tidak tertekan, main secara bertahan

Iklan
Bojan (kiri) pada sidang media di Johor Bahru.

"PASUKAN kami tidak berdepan tekanan untuk final kali ini,”

Itu reaksi pengendali Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Bojan Hodak ketika mengulas aksi final Piala FA 2023 berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kelebihan itu akan dimanfaatkan sebaiknya pada aksi final berkenaan bagi mengejutkan skuad Harimau Selatan.

Malah katanya, skuad The City Boys akan memberikan aksi terbaik sepanjang perlawanan dalam usaha menghasilkan keputusan yang positif.

Iklan

"JDT ketika ini adalah pasukan terbaik yang kita saksikan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Mereka bukan sahaja dibarisi pemain import yang berkualiti, malah dipenuhi pemain tempatan yang bagus.

"Cuma saya mengharapkan pemain dapat beraksi dengan baik dan sedikit ‘tuah’ berpihak kepada kami untuk mengejutkan JDT nanti... lagi pun, JDT pastinya ada kelebihan kerana mereka kerap bermain di padang ini banding pasukan lawan dan sebab itu jika tanya saya, tidak adil bagi kami untuk beraksi di SSI dan bukannya di gelanggang berkecuali,” katanya.

Iklan

Bojan berkata demikian pada sidang media sempena final Piala FA 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, pada Jumaat.

Tambah Bojan, KL City FC bakal turun dengan kesebelasan terbaik buat kali pertama musim ini apabila kesemua pemain disahkan cergas.

Katanya, keadaan itu dilihat bakal memudahkannya lagi untuk membuat percaturan terbaik pada aksi final berkenaan.

"Kita akan bermain secara bertahan kalau bermain secara 'open play', saya pasti menerima nasib sama seperti pertemuan sebelum ini (tewas 1-6).

"Oleh itu, kita kena bijak dengan bermain secara defensif bagi mematahkan gerakan lawan dan kemudiannya melakukan serangan balas.

Sementara itu kapten KL City FC, Paulo Josue mengakui kesemua pemain telah bersedia untuk mengharungi aksi final berkenaan.

Malah katanya, persiapan pasukan juga berjalan lancar hasil maklumat daripada jurulatih, rakaman video selain sesi-sesi latihan yang diadakan.

"Semuanya dalam keadaan baik dan kami datang ke sini adalah untuk ‘berjuang’ memenangi trofi.

"Kami tahu ia bukannya mudah, tetapi kami akan cuba berikan yang terbaik dan kejutkan mereka,” katanya.