Hentikan serangan bersifat populis terhadap Kerajaan Perpaduan

Iklan
Aidi Amin

SHAH ALAM - Serangan bersifat populis terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan oleh parti di bawah naungannya perlu dihentikan agar tidak memberi kelebihan kepada pihak lawan.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Sungai Buloh, Aidi Amin Yazid berkata, jika perkara ini berterusan berlaku ia akan merumitkan pergerakan parti di bawah gagasan itu menjelang pilihan raya umum (PRN) akan datang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebelum seorang pemimpin itu mahu berbicara tentang demokrasi matang adalah amat penting untuk menilai apakah ia benar-benar menjadi amalan dalam parti berkenaan.

"Kita tidak mahu parti ini sekadar mahu pengkritik Pakatan Harapan (PH) dan jika benar mahu menjadi penyemak imbang, mereka perlu jelaskan komitmen perjuangan kepada anak muda.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Presiden Parti Ikatan Demokratik Anak Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu yang lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menegaskan kritikan pedasnya terhadap kerajaan, adalah bahagian penting dalam membina demokrasi yang matang.

Jelas Aidi, jika benar niat itu, Muda sepatutnya meletakkan calon di negeri lain yang dahagakan pembaharuan selain Selangor.

Iklan

"Disiplin dalam sesebuah organisasi dibentuk dengan ketegasan bukan sifat diktator seorang pemimpin.

"Sifat kerjasama dan penglibatan semua pihak pula memerlukan komunikasi yang jelas tanpa berdolak-dalik,” ujarnya

Tambahnya, politik baharu harus memupuk reformasi minda dalam melihat penyelesaian secara berstruktur dengan lebih banyak usaha yang dapat dilakukan bersama jika sifat ego dibuang.