Dewan Negara lulus pelantikan Jawatankuasa Pemilih

Iklan

KUALA LUMPUR - Dewan Negara hari ini meluluskan usul pelantikan sebuah Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh Penggal Kedua Parlimen ke-14, dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA. Vigneswaran dan dianggotai empat anggota jawatankuasa.

Mereka terdiri daripada Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad, Senator Muhamad Mustafa, Senator Nga Hock Cheh dan Senator Datuk Donald Peter Mojuntin

Iklan
Iklan

Usul berkenaan dibentang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin dan diluluskan dengan suara majoriti anggota Dewan Negara. - Bernama