Kunjungan ke masjid agenda tetap semasa lawatan ke Vietnam - PM

Iklan
Kunjungan Perdana Menteri ke Masjid Al-Noor di Hanoi untuk menunaikan solat Jumaat adalah agenda tetap semasa lawatannya ke Vietnam. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

HANOI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kunjungannya ke Masjid Al-Noor di Hanoi untuk menunaikan solat Jumaat adalah agenda tetap semasa lawatannya ke Vietnam.

Beliau berkata, ia adalah pendekatan beliau untuk menyantuni komuniti Islam minoriti di negara-negara yang beliau lawati termasuk Vietnam.

Iklan
Iklan

"Saya sempat juga ke masjid (Masjid Al-Noor) untuk solat Jumaat. Penduduk Islam di Hanoi tak ramai, Ho Chi Minh City lebih ramai, tapi saya jadikan agenda tetap dalam kunjungan saya supaya berikan perhatian kepada golongan minoriti umat Islam.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Vietnam yang memberi perlindungan dan sikap mereka yang bertolak ansur terhadap umat Islam di sini,” katanya.

Iklan

Semasa kunjungan berkenaan, Anwar turut berama mesra dengan imam dan jemaah masjid selain menyerahkan sumbangan kewangan kepada pengurusan masjid itu untuk manfaat komuniti Islam di kawasan itu.

Masjid Al-Noor merupakan satu-satunya masjid yang terdapat di Hanoi.

Iklan

Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berlepas pulang ke Kuala Lumpur petang tadi selepas melakukan lawatan rasmi dua hari ke Vietnam atas jemputan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh. - Bernama