Kelantan FC akhiri siri kekalahan

Iklan
Pemain Kuching City, Abu Kamara (kiri) mengawal bola pada saingan Liga Super di Stadium Negeri pada Jumaat.

KELAB tercorot Liga Super, Kelantan FC mengakhiri siri kekalahan dalam 11 perlawanan liga berturut-turut selepas mengikat Kuching City FC 2-2 di Stadium Negeri, Kuching pada Jumaat.

The Red Warriors (TRW) bermula garang apabila terlebih dulu mendahului menerusi Mohamad Hafizan Ghazali pada minit keempat untuk memimpin perlawanan 1-0 separuh masa pertama.

Iklan
Iklan

Separuh masa kedua, Kuching City tindakan jurulatih The Cats memperkemaskan permainan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Abu Kamara pada minit ke-58.

Gol itu ternyata menyuntik semangat pemain tuan rumah untuk memburu tiga mata yang kemudian dijelmakan hasil sepakan penalti 10 minit kemudian, sekali lagi menerusi Abu Kamara minit ke-68.

Iklan

Bagaimanapun, jaringan sepakan Natanael Siringoringo pada minit ke-79 berjaya menafikan tiga mata The Cats untuk mengikat kedudukan 2-2.

Keputusan itu menyaksikan Kelantan mengumpul lima mata selepas mengharungi 17 perlawanan - satu menang, dua seri, 14 tewas untuk kedudukan ke-14 liga.

Iklan

Satu mata diraih itu menyaksikan Kuching City mengumpul tujuh mata - satu menang, empat seri, 12 tewas - untuk berada di tangga ke-12.

Pada 29 Julai depan, Kelantan bakal bertandang ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras berdepan Kuala Lumpur City manakala Kuching City melayan kunjungan Kedah Darul Aman di Stadium Negeri, Kuching.