Ikon jazz popular, Tony Bennett meninggal dunia

Iklan
Tony Bennett

LEGENDA pop dan jazz popular, Tony Bennett dilaporkan meninggal dunia di New York, Amerika Syarikat pada Jumaat.

Bennett yang pernah merangkul 20 Anugerah Grammy itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun.

Iklan
Iklan

Pemergian bintang yang aktif berkarya dalam bidang muzik hampir lapan dekad itu disahkan oleh pegawai publisitinya, Sylvia Weiner menerusi satu kenyataan kepada AP.

"Tiada sebarang punca kematian secara khusus, tetapi Bennett didiagnosis dengan penyakit Alzheimer pada tahun 2016,” ujarnya.

Iklan

Ketika hayatnya, Bennett pernah diiktiraf sebagai salah seorang penyanyi terbaik yang memahami dan menaksirkan Great American Songbook. Koleksi lagu itu merangkumi karya-karya klasik Amerika Syarikat yang popular dari 1920 hingga 1960-an.

Lagu I Left My Heart in San Francisco yang diterbitkan pada 1962 merupakan satu pencapaian terbesar buat Bennet apabila ia turut meraih Anugerah Grammy bagi kategori Rekod Lagu Terbaik pada 1963.

Iklan

Meskipun status kesihatannya semakin memburuk selepas disahkan menghidap penyakit Alzheimer pada 2016, Bennett tetap menunjukkan semangat untuk meneruskan karier muziknya.