Salahuddin alami pendarahan otak, sedang jalani pembedahan

Iklan
Salahuddin

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar, kata Setiausaha Akhbar Menteri, Nur Syakirin Husnal.

Menerusi kenyataan pagi ini, beliau berkata, Salahuddin kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Iklan
Iklan

"Pihak keluarga Datuk Seri Salahuddin Ayub mengucapkan terima kasih atas semua doa, sokongan dan ingatan kepada beliau,” katanya.

Semalam, Salahuddin dikejarkan ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan pada jam 10.15 malam selepas mengalami mual dan muntah-muntah.

Iklan

Sebarang perkembangan mengenai kesihatan Salahuddin akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, menurut kenyataan itu. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Iklan

Salahuddin dikejarkan ke hospital selepas mual, muntah-muntah