Aksi sangat biadab The 1975: Pengunjung boleh tebus tiket kemasukan

Iklan
Pemegang tiket gelang tangan seharian Good Vibes Festival 2023 bertarikh 21 Julai boleh memilih untuk menghadiri acara berkenaan sama ada pada Sabtu atau Ahad.

SHAH ALAM - Pengunjung dengan gelang tangan seharian Good Vibes Festival 2023 bertarikh 21 Julai boleh menghadiri acara itu sama ada Sabtu atau Ahad sebagai ganti kepada persembahan kumpulan muzik, The 1975 yang terpaksa dihentikan serta-merta semalam.

Menerusi satu kenyataan Good Vibes Festival pada Sabtu, pihaknya sentiasa berdedikasi untuk memberikan pengalaman muzik yang menyeronokkan.

Iklan
Iklan

"Kepada mereka yang hadir pada Jumaat (21 Julai), kami memahami kekecewaan anda. Jika mempunyai gelang tangan seharian dengan tarikh itu, anda kini boleh memilih untuk menghadiri festival berkenaan sama ada pada Sabtu atau Ahad.

"Pengunjung hanya perlu kemukakan gelang tersebut di pintu masuk utama untuk kemasukan. Kami berharap dapat berjumpa dengan anda tidak lama lagi,” kata kenyataan itu.

Iklan

Tambah kenyataan itu lagi, Festival Good Vibes 2023 akan berjalan seperti yang dijadualkan.

Sebelum ini media tempatan melaporkan, persembahan kumpulan The 1975 di Good Vibes Festival 2023 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) terpaksa dihentikan selepas vokalis, Matty Healy memaparkan aksi kurang sopan dan bertindak menghina undang-undang Malaysia berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi biadab The 1975: Fahmi minta penganjur Good Vibes Festival 2023 beri penjelasan