Henti konsert The 1975 bukti kerajaan tegas - Penganalisis

Iklan
Aksi kurang sopan dalam konsert yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, malam tadi. (Gambar kecil: Noor Nirwandy)

SHAH ALAM - Tindakan menghentikan persembahan kumpulan The 1975 selepas ahli kumpulan muzik berkenaan melakukan perbuatan jelik membuktikan kerajaan tegas menjaga peradaban dan ketamadunan sebagaimana aspirasi Malaysia Madani.

Penganalisis Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, ia juga menunjukkan penganjur amat peka dengan perkara bertentangan nilai murni, budaya serta perundangan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

Iklan
Iklan

Katanya, kejadian kurang sopan tersebut harus dipastikan tidak lagi berlaku dalam negara ini kerana berkemungkinan adalah satu percubaan untuk menggugat keselamatan negara dengan mempengaruhi masyarakat agar menerima ideologi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

"Ini kerana, tindakan ahli kumpulan itu yang mana telah menyelar serta mempertikaikan pegangan tegas kerajaan apabila diarah untuk menghentikan konsert adalah amat dikesali," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Pada Khamis, persembahan The 1975 di Good Vibes Festival 2023 dihentikan selepas vokalisnya, Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat.

Beliau didakwa memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan LGBT.

Iklan

Tambah Noor Nirwandy, penganjur konsert perlu lebih peka dalam mengkaji nilai budaya serta tingkah laku kumpulan muzik sebelum membawa mereka ke dalam negara.

"Syabas kepada penonton dalam kalangan rakyat Malaysia kerana berani bersuara mengecam secara terbuka tindakan kumpulan 1975 yang tidak peka pada peradaban dan ketamadunan negara kita.

"Tindakan mengecam ahli kumpulan tersebut secara beramai ramai adalah lambang kesepaduan rakyat Malaysia dalam menghadapi ancaman keselamatan termasuk percubaan untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat Malaysia," ujarnya.