Tak 'gentleman' potong mata untuk kalahkan JDT - TMJ

Iklan
Tunku Ismail Sultan Ibrahim

PEMILIK kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuka mulut mengenai cadangan memotong mata selepas segelintir penyokong kelab itu membakar suar berulang kali.

Menurut Tunku Ismail, cadangan itu disifatkannya sebagai tidak 'gentleman' dan merupakan cara yang tidak betul untuk mengalahkan JDT.

Iklan
Iklan

"Kami dah dihukum lebih RM100,000 dan mungkin akan ada hukuman lagi. Tetapi, kalau nak bertentang dengan JDT takkan awak nak harap mata kena potong pasal ada penyokong membakar suar.

"Bagi saya itu macam tak 'gentlema'n atau boleh katakan 'for me is a loser' punya mentaliti, 'mindset' dan saya rasa pasukan lain harus beri tumpuan untuk pengurusan tambah baik skuad daripada sibuk hal pasal JDT," katanya dalam satu video sesi soal jawab di laman Facebook Johor Southern Tiger.

Iklan

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mendenda JDT RM120,000 pada 6 Julai lalu atas tindakan penyokongnya menyalakan suar pada tiga perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) di Stadium Sultan Ibrahim.

Namun, segelintir penyokong tersebut tidak serik dan mengulangi tindakan tersebut dalam aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan dua hari kemudian.

Iklan

Tindakan menyalakan suar adalah melanggar obligasi penganjuran perlawanan dan bertentangan dengan Artikel 70.1 Kod Tatatertib FAM yang melarang penyokong membawa masuk barang larangan ke dalam stadium.

Justeru, para penyokong mengharapkan FAM lebih tegas mengambil tindakan dan turut mencadangkan agar kelab itu dipotong mata atau dikenakan hukuman beraksi dalam stadium kosong.