Joe rangkul emas kedua

Iklan
New Joe membuktikan kayuhannya sukar dicabar apabila memenangi emas acara lepas beramai-ramai.

PELUMBA muda Kuala Lumpur Cycling Team, Lau New Joe merangkul emas kedua peribadinya pada Kejohanan Berbasikal Kebangsaan 2023 di Bukit Katil, Melaka pada Sabtu.

New Joe yang telah menjuarai acara ujian masa individu (ITT) remaja lelaki pada Jumaat menampilkan kayuhan memukau untuk meraih emas acara lepas beramai-ramai dalam perlumbaan sejauh 104 kilometer itu.

Iklan
Iklan

"Sejujurnya saya sendiri tidak jangka dapat memenangi pingat emas dalam acara ini (lepas beramai-ramai remaja lelaki) kerana saya masih lagi keletihan selepas beraksi dalam acara ITT semalam (Jumaat).

"Sebelum perlumbaan bermula, jurulatih (Datuk Ng Joo Ngan) sudah memberitahu saya supaya fokus dan tidak meletakkan tekanan ke atas diri saya sendiri kerana beliau tidak mahu saya berasa sebarang tekanan ketika berlumba.

Iklan

New Joe mencatatkan masa 2 jam 25 minit 36 (s) mengatasi pencabarnya iaitu pelumba dari Terengganu Tengku Muhammad Najib Tengku Norizan dan Muhammad Adam Ramdzan Razali yang berkongsi masa 2 jam 35.52s.

Dalam pada itu, kategori remaja Wanita menyaksikan pelumba Johor, Intan Suraya Tokiman muncul juara dengan catatan masa 2 jam 34.44s diikuti wakil Terengganu, Dahlia Hazwani Hasyim (2 jam 34.44s) dan seorang lagi pelumba Johor, Dania Avriel Alviera Azif (2 jam 34.53s).

Iklan

Kategori Bawah 23 tahun lelaki pula menyaksikan pelumba Terengganu, Muhamad Iqbal Daniel meraih pingat emas dengan pecutan solo meuju ke garisan penamat selepas merakamkan catatan masa 3 jam 59.23s.

Pingat perak dan gangsa pula masing-masing dimenangi pelumba Team Aquatwo Cyclomotion (TAC), Muhammad Iskandariah Media Mohd Hashim dengan catatan 3 jam 59.27s dan wakil Perak, Mohammad Faiz Fakhri Omar (3 jam 59.32s).

Hari terakhir Kejohanan Berbasikal Kebangsaan 2023 pada Ahad bakal menyaksikan lima lagi acara dipertandingkan dengan tumpuan utama sudah pasti terarah dalam saingan lepas beramai-ramai elit lelaki dan wanita.