Seks songsang bercanggah agama, undang-undang Malaysia - Khairuddin

Iklan
Mohd Khairuddin

SHAH ALAM - Aktiviti seks songsang seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak boleh dipromosikan di pentas hiburan Malaysia kerana bercanggah dengan agama dan perundangan negara.

Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, artis luar negara yang melanggar undang-undang sewaktu membuat persembahan perlu dikenakan tindakan segera oleh pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

"Tetamu yang bertandang ke negara ini untuk berhibur terikat dengan peraturan dan undang-undang negara.

"Sebarang pelanggaran kepada perundangan, pihak berkuasa wajar untuk mengambil tindakan segera sebagai satu pengajaran kepada tetamu-tetamu lain,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook pada Sabtu.

Iklan

Mohd Khairuddin menjelaskan perbuatan yang mencemarkan adab, akhlak bangsa dan negara seperti Malaysia tidak wajar dibiarkan.

Pada Jumaat, persembahan The 1975 di Good Vibes Festival 2023 dihentikan selepas vokalisnya Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat.

Iklan

Beliau didakwa memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan LGBT.

Susulan itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil hari ini mengarahkan supaya penganjuran Festival Good Vibes 2023 yang masih berbaki sehingga esok dibatalkan serta-merta.

Menerusi catatan di Facebook hari ini, beliau berkata, pendirian Kerajaan Perpaduan adalah jelas dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN:

Aksi sangat biadab The 1975: Fahmi minta penganjur Good Vibes Festival 2023 beri penjelasan

Aksi sangat biadab The 1975: Pengunjung boleh tebus tiket kemasukan

Henti konsert The 1975 bukti kerajaan tegas - Penganalisis

Aksi sangat biadab The 1975: Polis panggil penganjur

Festival Good Vibes dibatalkan serta-merta - Fahmi