Tiga pegawai bomba antara tujuh mangsa kemalangan helikopter

Iklan
Kemalangan melibatkan sebuah helikopter di Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT), dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada Sabtu.

PETALING JAYA - Tiga pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) antara tujuh individu yang terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah helikopter di Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT), dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian kira-kira jam 12 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu sedang menjalani ujian penerbangan.

"Kesemua mangsa terlibat merupakan lelaki warga tempatan berumur lingkungan 30-an hingga 40-an yang mana tiga daripada mangsa merupakan pegawai bomba manakala empat lagi merupakan kru penyelenggaraan," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Katanya, kesemua mangsa terlibat bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan dan berada dalam keadaan stabil.

Pada Sabtu, media melaporkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan insiden kemalangan sebuah helikopter jenis Leonardo S.p.A AW189, nombor pendaftaran 9M-BOF di kawasan tersebut.

Iklan

Menara kawalan trafik udara Subang menerima laporan kemalangan pada 11.52 pagi dan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) bertindak segera terhadap insiden tersebut.