Pemuda Amanah hantar calon di DUN Kota

Iklan
Ahmad Shukri

SEREMBAN - Tidak sampai 24 jam Barisan Nasional (BN) mengumumkan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Rembau, Suhaimi Aini sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini, kini Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan pula memaklumkan akan menghantar calon bertanding di situ.

Naib Ketua Pemuda Amanah Negeri Sembilan, Ahmad Shukri Kamaruddin berkata, ia bagi menggantikan kerusi DUN Lenggeng selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan untuk bertanding di kerusi tersebut.

Iklan
Iklan

"Pemuda Amanah Negeri Sembilan mengambil maklum mengenai pengumuman calon kerusi DUN Lenggeng oleh BN bagi mendepani PRN kali ini.

"Ini merupakan suatu perkara yang pahit untuk diterima oleh ahli Amanah di peringkat akar umbi khususnya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Beliau yang merupakan Pengarah Biro Komunikasi Pemuda Amanah Negeri Sembilan berkata, atas desakan ahli Amanah di peringkat akar umbi, pihaknya akan menghantar calon di DUN Kota.

"Rasionalnya adalah bagi memastikan parti Amanah ini terus kekal relevan khususnya di Negeri Sembilan dan kami menegaskan bahawa parti ini bukanlah sebuah parti yang mudah diperkotak-katikkan oleh lawan mahupun kawan.

Iklan

"Justeru, perbincangan akhir bersama pimpinan di peringkat nasional bakal dimuktamadkan terkait hasrat murni Pemuda Amanah Negeri Sembilan ini," ujarnya.