Pemuda PN Selangor desak The 1975 buat permohonan maaf

Iklan
Tindakan biadab vokalis kumpulan The 1975 iaitu Matty Healy ketika beraksi pada konsert The Good Vibes Festival 2023 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada malam Jumaat terus mendapat kecaman ramai. Gambar kecil: Mohamed Sukri

SHAH ALAM - Pemuda Perikatan Nasional (PN) Selangor mengutuk keras dan menggesa kumpulan The 1975 membuat permohonan maaf secara terbuka atas aksi jelik ketika melakukan persembahan di Good Vibes Festival, Litar Antarabangsa Sepang, pada Jumaat malam.

Ketua Pemuda PN Selangor, Mohamed Sukri Omar mendakwa, kumpulan tersebut mencabar undang-undang dan kedaulatan negara negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, persembahan kumpulan itu juga secara jelas mempromosikan budaya golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) yang bertentangan dengan budaya ketimuran.

"Ini merupakan satu penghinaan besar terhadap undang-undang negara, budaya dan adab ketimuran yang menjadi teras negara bangsa Malaysia.

Iklan

"Tindakan figura kumpulan ini yang secara terang-terangan mempertikai undang-undang negara Malaysia yang berdaulat tidak boleh dibiarkan begitu sahaja," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Persembahan The 1975 di Good Vibes Festival 2023 dihentikan selepas vokalisnya Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat.

Iklan

Beliau didakwa memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan LGBT.

Dalam pada itu, Mohamed Sukri mempersoalkan prosedur tapisan konsert yang boleh membenarkan persembahan The 1975 diadakan di Malaysia.

"Bagaimanakah agensi penapisan berkaitan seperti JK-PUSPAL (Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara) bawah kendalian Menteri Komunikasi Digital (KKD) boleh terlepas pandang kumpulan bermasalah seperti The 1975 yang terkenal dengan sejarah aksi jijik sama di Dubai.

"Kami menggesa KKD untuk memperhalusi dan mengkaji semula keberkesanan dan fungsi PUSPAL yang dilihat tidak berkesan dalam menapis persembahan artis luar negara," katanya.

Beliau menegaskan bahawa Islam tidak melarang sebarang hiburan namun hendaklah berpandukan nilai moral dan ajaran Islam yang mampu menjamin kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat dan negara.

ARTIKEL BERKAITAN:

Aksi sangat biadab The 1975: Fahmi minta penganjur Good Vibes Festival 2023 beri penjelasan

Aksi sangat biadab The 1975: Pengunjung boleh tebus tiket kemasukan

Henti konsert The 1975 bukti kerajaan tegas - Penganalisis

Aksi sangat biadab The 1975: Polis panggil penganjur

Festival Good Vibes dibatalkan serta-merta - Fahmi