SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pada Sabtu mengumumkan 10 lagi calon yang akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
Penambahan tersebut menjadikan parti itu mempunyai 20 calon secara keseluruhan untuk bertanding pada PRN di enam negeri.
Daripada jumlah tersebut, Muda mempertaruhkan dua calon di Negeri Sembilan, Selangor (14), Pulau Pinang (tiga) dan Terengganu (satu).
Muda dalam satu kenyataan berkata, 10 lagi calon parti itu adalah Ketua Biro Mobilisasi Muda Negeri Sembilan, Ahmad Qusyairi Abdull Rahim bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Temiang dan pempengaruh media sosial, Iswan Ishak bagi DUN Repah.
Menurut Muda, di Selangor pula, VKK Raja akan membawa cabaran di kerusi DUN Bukit Gasing, Azad Akbar (Kota Anggerik), Zayd Shaukat (Subang Jaya), Aida Rahman (Taman Templer), Lim Hooi Sean (Bandar Utama) dan Lisa Redzuan (Pandan Indah).
Dua lagi calon adalah bagi kerusi DUN Pulau Pinang iaitu Vikneswary Harikrishnan (DUN Perai) dan Lee Kim Noor (DUN Batu Uban).
Calon yang telah diumumkan sebelum ini yang akan bertanding pada PRN 12 Ogos depan termasuk Ketua Penerangan Muda, Luqman Long di DUN Bandar, Terengganu manakala di Pulau Pinang, Priyankaa Loh di Pantai Jerejak.
Selain itu bagi PRN Selangor, parti berkenaan mencalonkan Pengerusi Muda Selangor, Al Hafiz Ikhwan Mohamad Asaad yang akan bertanding di kerusi DUN Dusun Tua manakala Timbalannya, Dr R Siva Prakash di Kuala Kubu Baharu.
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat, Dobby Chew pula dicalonkan di Seri Setia dan Bendahari Muda Selangor, Afriena Shaqira Sariff di Sungai Kandis.
Tambah Muda, Setiausaha Agung, Amir Hariri Abd Hadi akan bertanding di Seri Serdang.
Di samping itu, Syaidiyah Izzati Nur Razak Maideen dicalonkan di DUN Batu Tiga, R Thanusha (Sentosa) dan Melanie Ting Yi Hlin (Bukit Antarabangsa).
Senarai calon Muda bagi PRN di empat negeri
Selangor
DUN Seri Serdang - Amir Hariri Abd Hadi
DUN Batu Tiga - Syaidiyah Izzati Nur Razak Maideen
DUN Sentosa - R Thanusha
DUN Bukit Antarabangsa - Melanie Ting Yi Hlin
DUN Dusun Tua - Al Hafiz Ikhwan Mohamad Asaad
DUN Kuala Kubu Bharu - Dr R Siva Prakash
DUN Seri Setia - Dobby Chew
DUN Sungai Kandis - Afriena Shaqira Sariff
DUN Bukit Gasing - VKK Raja
DUN Kota Anggerik - Azad Akbar
DUN Subang Jaya - Zayd Shaukat
DUN Taman Templer - Aida Rahman
DUN Bandar Utama- Lim Hooi Sean
DUN Pandan Indah - Lisa Redzuan
Pulau Pinang
DUN Pantai Jerejak - Priyankaa Loh
DUN Perai - Vikneswary Harikrishnan
DUN Batu Uban - Lee Kim Noor
Negeri Sembilan
DUN Temiang - Ahmad Qusyairi Abdull Rahim
DUN Repah - Iswan Ishak
Terengganu
DUN Bandar - Luqman Long