Kapal pelancong karam di Indonesia, 7 rakyat Malaysia selamat

Iklan
Sekumpulan tujuh pelancong Malaysia dilaporkan selamat selepas kapal yang mereka naiki karam di Manggarai Barat, Nusa Tenggara Timur pada Sabtu. - Gambar hiasan

JAKARTA - Sekumpulan tujuh pelancong Malaysia dilaporkan selamat selepas kapal yang mereka naiki karam di Manggarai Barat, Nusa Tenggara Timur pada Sabtu.

Insiden berlaku pada 11.45 pagi waktu Indonesia tengah membabitkan sebuah kapal jenis Phinisi di perairan Pantai Pink, Pulau Komodo, Labuan Bajo.

Iklan
Iklan

Kapal terbabit dilaporkan berlayar dari Manta Point menuju Pantai Pink sebelum mengalami masalah enjin lalu tenggelam dalam pusaran air semasa ditunda oleh sebuah kapal lain.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan kesemua mangsa yang terlibat dalam keadaan selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Iklan

"Kesemua mangsa telah dibawa ke hospital,” menurut kedutaan dalam satu kenyataan.

Pihak kedutaan juga berhubung rapat dengan mangsa serta pihak berkuasa tempatan dan memberikan bantuan konsular sewajarnya menerusi talian +62813-8081-3036. - Bernama

Iklan