SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari kekal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan.
Perkara itu disahkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam Pengumuman Calon PKR di Seksyen 7 di sini pada Ahad.
Seramai 20 calon diumumkan akan bertanding pada PRN Selangor.
Daripada jumlah itu, tujuh penyandang kerusi dikekalkan. Mereka ialah Chua Wei Kiat (Rawang), Mohd Khairuddin Othman (Paya Jaras), Najwan Halimi (Kota Anggerik) Azmizam Zaman Huri (Pelabuhan Klang), Gunaraj George (Sentosa) dan Zawawi Ahmad Mughni (Sungai Kandis) dan Borhan Aman Shah (Tanjong Sepat).
Bukit Lanjan yang sebelum ini ditandingi Elizabeth Wong diambil alih Phua Pei Li.
Selain itu, penyanyi rap yang juga Ketua PKR Ampang, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali Altimet diberikan kepercayaan untuk bertanding di Lembah Jaya.
Bagi penyandang kerusi Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli ditukarkan untuk tanding di Hulu Kelang.
Berikut merupakan senarai calon PKR PRN Negeri Selangor.
- Permatang - Yahya Sahri
- Bkt Melawati - Thiban Subbramaniam
- Ijok - Cikgu Amidi
- Rawang - Chua Wei Kiat
- Sg Tua - YAB Amirudin Shari
- Hulu Kelang (swap Batu Tiga) - Juwairiya Zulkifli
- Bkt Antarabangsa - Kamri Kamarudin
- Lembah Jaya - Altimet
- Kajang - David Cheong
- Seri Setia - Dr. Fahmi Ngah
- Taman Medan - Ahmad Akhir Pawan Chik
- Bkt Lanjan - Phua Pei Lei
- Paya Jaras - Khairuddin Othman
- Kota Damansara - Aidi Amin
- Kota Anggerik - Najwan Halimi
- Sementa - Erni Afrishah Azizi
- Pelabuhan Klang - Azmizam Zamanhuri
- Sentosa - Gunaraj George
- Sg Kandis - Zawawi Mughni
- Tanjong Sepat - Borhan Aman Shah