Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru

Iklan
Keadaan rumah yang terbakar di Jalan Raja Uda di Kampung Baru pada Ahad.

KUALA LUMPUR - Sebanyak dua buah rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Raja Uda, di Kampung Baru di sini, pada Ahad.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur berkata, seramai 13 anggota bersama dua jentera bomba bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.08 tengah malam.

Iklan
Iklan

"Pasukan yang terlibat dalam operasi adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan bantuan dari BBP Jalan Hang Tuah serta BBP Jalan Tun Razak dengan kekuatan anggota seramai 13 orang.

Kebakaran membabitkan dua rumah yang musnah 100 peratus
Iklan

"Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian mendapati berlaku kebakaran membabitkan dua rumah yang musnah 100 peratus," katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Iklan

Katanya, kebakaran itu tidak membabitkan kemalangan jiwa dan punca kejadian masih dalam siasatan unit forensik.