Keputusan PRN tidak jejas kerajaan Pusat - Noor Azleen

Iklan
Noor Azleen (kanan) selepas mempengerusikan Mesyuarat Pemuda UMNO Johor di Bangunan UMNO Johor, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU - Keputusan pilihan raya di enam negeri pada 12 Ogos ini tidak akan memberi kesan terhadap kestabilan kerajaan Persekutuan.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berkata, pilihan raya negeri (PRN) hanya memberi impak di peringkat negeri yang melibatkan pembentukan kerajaan negeri.

Iklan
Iklan

Beliau juga menafikan PRN berkenaan akan menjadi referendum atau pungutan suara rakyat terhadap prestasi Kerajaan Perpaduan.

"Peluang terbaik ini perlu dimanfaatkan dan ini bukan referendum, pungutan suara atau medan untuk menunjukkan rasa tidak puas hati. PRN ini juga bukan untuk suka-suka sebaliknya peluang untuk rakyat memilih kerajaan negeri.

Iklan

"Mereka boleh menilai prestasi kerajaan negeri (dalam penggal sebelum ini)," katanya mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan PRN sebagai referendum atau pungutan rasmi suara rakyat sama ada mahu melihat kerajaan Putrajaya kekal atau sebaliknya.

Terdahulu Noor Azleen mempengerusikan Mesyuarat Pemuda UMNO Johor di Bangunan UMNO Johor di bandar raya ini.

Iklan

Sementara itu, beliau berkata, pengundi di enam negeri terbabit boleh melihat contoh kerjasama politik di Johor antara BN dan Pakatan Harapan (PH) termasuk menilai prestasi kerajaan negeri.

Jelasnya, kerjasama tersebut kini menampakkan hasil apabila pelaburan semakin rancak di negeri itu selepas pelbagai usaha dilakukan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang bekerja kuat memajukan Johor.

Dalam perkembangan lain, Noor Azleen memberitahu, lebih 700 Pemuda UMNO Johor akan digerakkan bagi membantu kempen PRN di Negeri Sembilan, Selangor dan Terengganu.

"Setiap 26 bahagian Pemuda UMNO di Johor akan menghantar 30 jentera mereka untuk membantu berkempen di bahagian angkat masing-masing. Jentera akan terlibat dalam ceramah dan rapat umum selain mendekati pengundi untuk menyampaikan mesej kita," katanya.