Keadaan Salahuddin stabil, dalam pemantauan ICU - Dr Zaliha

Iklan
Dr Zaliha - Foto Bernama

KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan pihaknya akan melawat Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai pada Ahad bagi mengetahui dengan lebih lanjut perkembangannya.

Iklan
Iklan

"Keadaannya (Salahuddin) stabil, kita doakan insya-ALLAH beliau sihat, pembedahan semalam alhamdulillah berjaya dan kita sedang pantau keadaan beliau di unit rawatan rapi (ICU)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program MADANI Afiat dan One Hour Malaysia Clean Up peringkat negeri di Perumahan Rakyat Padang Hiliran di sini pada Ahad.

Pada Sabtu, Setiausaha Akhbar kepada Salahuddin, Syakirin Husnal memaklumkan menteri berkenaan dikejarkan ke wad kecemasan HSB kira-kira 10.15 malam Jumaat dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah, sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar. - Bernama

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Salahuddin dikejarkan ke hospital selepas mual, muntah-muntah

Salahuddin alami pendarahan otak, sedang jalani pembedahan

Iklan

Fadillah, Nanta doakan Salahuddin diberi kesembuhan

Salahuddin selamat jalani pembedahan

Jangan sebar spekulasi berhubung status kesihatan Salahuddin - SUA