DAP tidak pernah bantah peruntukan orang Melayu - PM

Iklan
Anwar semasa berucap pada program Sentuhan Kasih Desa di Paloh 2, Gua Musang pada Ahad.

GUA MUSANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan DAP tidak pernah menyekat peruntukan melibatkan kepentingan orang Melayu.

Beliau berkata, situasi itu dapat dilihat sepanjang tempoh lapan bulan Kerajaan Perpaduan mentadbir negara.

Iklan
Iklan

"Saya lihat tiada keperluan untuk marah kepada parti berkenaan. Kita lawan orang yang sakau (curi) duit rakyat," katanya semasa berucap pada program Sentuhan Kasih Desa di Paloh 2 di sini, pada Ahad.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan, DAP menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa parti itu menguasai Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Anwar.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata, meskipun DAP antara parti komponen membentuk Kerajaan Perpaduan, ia tidak bermakna kerajaan didominasi oleh parti itu.

Iklan

"Ada pihak yang menyatakan bahawa pada hari ini, oleh kerana ada keterlibatan DAP dalam kerajaan, maka kerajaan ini didominasi oleh DAP. Biar fakta berbicara.

"Apa faktanya? Kerajaan pada hari ini didukung oleh 148 ahli Parlimen. Daripada 148 ahli Parlimen ini, 77 ahli Parlimen bumiputera yang beragama Islam.

"Enam belas bumiputera bukan Islam, 43 Cina, 12 India dan lain-lain (kaum). Maksudnya majoriti dalam Kerajaan Perpaduan ini masih didukung ahli Parlimen yang beragama Islam dan bumiputera," katanya.