45 tempat pembiakan denggi ditemui di PPR Jelatek

Iklan
PPR Jelatek merekodkan 18 kes denggi sejak 22 Mei lalu.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Pejabat Kesihatan Parlimen Titiwangsa menemui 45 tempat pembiakan denggi di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jelatek.

Pemeriksaan itu dijalankan sewaktu menjalankan program gotong-royong bersama agensi berkaitan serta persatuan penduduk pada Sabtu susulan kes denggi dilaporkan.

Iklan
Iklan

DBKL memaklumkan, kawasan itu merekodkan sebanyak 18 kes demam denggi sejak 22 Mei lalu dan tempoh wabak dijangka tamat pada 27 Julai.

"Pemeriksaan dijalankan menemui 45 tempat pembiakan di dalam rumah dan kawasan sekitar.

Iklan

"Sebanyak 17 notis kompaun telah dikeluarkan sepanjang wabak ini," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Kerja pembersihan perabot dilaksanakan pada program gotong-royong pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu, pihaknya melaksanakan kerja pembersihan termasuk aktiviti larvaciding, mist blower dan kutipan barang terpakai seperti perabot, botol, plastik, minyak masak dan barang elektrik.

Iklan

Tambahnya, pameran turut dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada penduduk setempat.