Anak mohon hanya ahli keluarga lawat Salahuddin

Iklan
Salahuddin Ayub - Foto Bernama

ALOR SETAR - Anak perempuan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Siti Fatihah memohon agar ruang diberikan kepada pihak keluarga sahaja untuk melawat bapanya.

Menerusi satu kenyataan di sini pada Ahad, beliau berkata, perkara itu adalah atas nasihat doktor dan permintaan ahli keluarga.

Iklan
Iklan

"Bagi pihak keluarga, kami menghargai segala sokongan dan doa. Saya juga mohon semua agar terus mendoakan keadaan ayah saya,” katanya.

Siti Fatihah turut memaklumkan bapanya kini masih dalam penjagaan dan pemantauan rapi pasukan perubatan Hospital Sultanah Bahiyah, di sini.

Iklan

Semalam, Setiausaha Akhbar kepada Salahuddin, Syakirin Husnal memaklumkan menteri berkenaan dikejarkan ke wad kecemasan HSB kira-kira 10.15 malam Jumaat dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah, sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.

Salahuddin juga telah selamat menjalani pembedahan pagi semalam dan berada dalam keadaan stabil. - Bernama

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Keadaan Salahuddin agak kritikal namun stabil - Dr Zaliha

Salahuddin dikejarkan ke hospital selepas mual, muntah-muntah

Salahuddin alami pendarahan otak, sedang jalani pembedahan

Fadillah, Nanta doakan Salahuddin diberi kesembuhan

Salahuddin selamat jalani pembedahan

Jangan sebar spekulasi berhubung status kesihatan Salahuddin - SUA