Larkin Sentral terbakar: Peniaga terjejas terima bantuan RM5,000

Iklan
Kejadian kebakaran di Larkin Sentral pada Ahad .Gambar kecil: Mohd Hairi

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri akan menyalurkan RM5,000 kepada setiap peniaga di empat premis yang terjejas dalam insiden kebakaran di Larkin Sentral pada Ahad.

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Mohd Hairi Mad Shah berkata, kesemua peniaga yang terjejas turut akan dibantu dari segi geran dan pinjaman perniagaan.

Iklan
Iklan

"Selain itu pihak JKR (Jabatan Kerja Raya) juga akan datang untuk sama-sama membuat penilaian kos kerugian secara keseluruhannya, bagaimanapun ia akan diumumkan kemudian," katanya ketika melakukan tinjauan di Larkin Sentral, pada Ahad.

Untuk rekod, sebanyak empat premis di tingkat dua Larkin Sentral dekat sini terjejas teruk dalam kebakaran pada awal pagi Ahad.

Iklan

Difahamkan keempat-empat premis berkenaan melibatkan premis buku, peralatan kosmetik dan premis menjual herba tradisional.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Johor, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kebakaran dipercayai bermula di sebuah kedai buku sebelum merebak.

Iklan

Bagaimanapun, perkara tersebut masih dalam siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran.

"Kebakaran ini berlaku di empat buah kedai.. Semuanya di tingkat satu dan kedai-kedai ini bersebelahan.

"Buat masa ini, hanya kawasan kebakaran ditutup dan kawasan lain seperti operasi bas dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa namun secara berperingkat, tetapi terpulang kepada pihak pengurusan Larkin Sentral," katanya.