Anwar doakan Salahuddin segera sembuh

Iklan
Anwar - Foto Bernama

GUA MUSANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub segera sembuh selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan dalam otak.

Anwar berkata, setakat ini beliau dimaklumkan tahap kesihatan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu terkawal.

Iklan
Iklan

"Kita doakan semoga semuanya selamat," katanya semasa sidang akhbar pada Ahad.

Sebelum itu, beliau merasmikan Majlis Ramah Mesra Warga Felda di Masjid Al-Ghufran, Felda Chiku 5 di sini.

Iklan

Sinar Harian pada Ahad melaporkan Salahuddin yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan pihaknya akan melawat Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai pada Ahad bagi mengetahui dengan lebih lanjut perkembangannya.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:

Salahuddin dikejarkan ke hospital selepas mual, muntah-muntah

Salahuddin alami pendarahan otak, sedang jalani pembedahan

Fadillah, Nanta doakan Salahuddin diberi kesembuhan

Salahuddin selamat jalani pembedahan

Jangan sebar spekulasi berhubung status kesihatan Salahuddin - SUA

Anak mohon hanya ahli keluarga lawat Salahuddin

Keadaan Salahuddin stabil, dalam pemantauan ICU - Dr Zaliha