SHAH ALAM - Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN), Muhammad Sanusi Md Nor perlu menjelaskan bukti bahawa plot untuk menangkap beliau telah dirancang sejak enam bulan yang lalu.
Timbalan Ketua Penerangan PKR, Razeef Rakimin berkata, jika penangkapan ini adalah plot terancang seperti yang Sanusi maksudkan, adakah skrip mempersenda Sultan Selangor dan menghina keturunan Raja-Raja Melayu termasuk dalam plot yang dimaksudkan?
Menurutnya, Sanusi memang terkenal sebagai seorang yang suka mencipta persepsi bahawa beliau diserang dan ditindas, walaupun apa yang berlaku adalah fitnah dan atas keceluparan beliau sendiri.
"Sanusi perlu buktikan bahawa perkara ini benar-benar telah dirancang untuk menangkap beliau atau beliau hanya membuat cerita bagi menutup kebiadaban beliau menghina Raja-Raja Melayu,” katanya dalam kenyataan pada Ahad
Selasa lalu, Sanusi dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor pada Selasa atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, minggu lepas.
ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan
Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah
Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi
Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik
Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim
Laungan takbir bergema iringi Sanusi
Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas
'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi
Polis rekod keterangan Guan Eng, Abdul Hadi isu 3R
Polis ambil keterangan Dr Mahathir
Kertas siasatan kes Tun M dirujuk ke Pejabat Peguam Negara
Sanusi hilang status MB, kerusi ADUN jika bersalah