Dr Zaliha, Mohamad Sabu lawat Salahuddin

Iklan
Mohamad Sabu (tengah) hadir di Hospital Sultanah Bahiyah untuk melawat Salahuddin Ayub pada Ahad.

ALOR SETAR - Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa melawat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pada Ahad.

Beliau dilihat hadir lebih kurang jam 8.11 malam di pekarangan hospital disambut oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Datuk Dr Othman Warijo.

Iklan
Iklan

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu pula tiba sambil diiringi Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Dr Ismail Salleh pada jam 8.50 malam.

Difahamkan, beberapa pimpinan dari Parti Amanah Negara (Amanah) dijangka hadir termasuklah Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil.

Iklan

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan anak perempuan kepada Salahuddin, Siti Fatihah memohon agar ruang diberikan kepada pihak keluarga sahaja untuk melawat bapanya.

Siti Fatihah berkata, perkara itu adalah atas nasihat doktor dan permintaan ahli keluarga, sekali gus menghargai segala sokongan dan doa.

Iklan

Salahuddin dikejarkan ke wad kecemasan HSB kira-kira jam 10.15 malam Jumaat dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah, sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.

Salahuddin juga telah selamat menjalani pembedahan pagi semalam dan berada dalam keadaan stabil di HSB.

ARTIKEL BERKAITAN:

Salahuddin dikejarkan ke hospital selepas mual, muntah-muntah

Salahuddin alami pendarahan otak, sedang jalani pembedahan

Fadillah, Nanta doakan Salahuddin diberi kesembuhan

Salahuddin selamat jalani pembedahan

Jangan sebar spekulasi berhubung status kesihatan Salahuddin - SUA

Anak mohon hanya ahli keluarga lawat Salahuddin

Keadaan Salahuddin stabil, dalam pemantauan ICU - Dr Zaliha

Anwar doakan Salahuddin segera sembuh