Keadaan Salahuddin stabil, dipantau rapi doktor - Dr Zaliha

Iklan
Dr Zaliha Mustafa

ALOR SETAR - Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menafikan khabar angin yang tersebar di aplikasi WhatsApps yang mengatakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub sudah meninggal dunia.

Dr Zaliha berkata, beliau telah melawat Salahuddin yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini dan mendapati Ahli Parlimen Pulai itu berada dalam keadaan stabil.

Iklan
Iklan

"Saya baru lawat. Insya-ALLAH stabil. Maksudnya keadaan dia stabil di dalam itu dan kita dalam perapianlah.

"Doktor-doktor di hospital menjaga dan memantau keadaan beliau dengan rapi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan HSB di sini pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas khabar angin tentang kematian Salahuddin.

Sehubungan itu, Dr Zaliha berharap agar keluarga Salahuddin diberi ruang dan privasi.

Iklan

"Kita bagi privasi kepada keluarga. Nampaknya keadaan (beliau) stabil di dalam (wad) itu. Cumanya, kita doa yang terbaik (kepada Salahuddin) dan mudah-mudahan beliau diberi kesembuhan. Insya-ALLAH.

"Saya lihat ramai juga kawan-kawan datang melawat. Insya-ALLAH, itu petanda yang sama-sama berdoa untuk kebaikan dan kesembuhan,"katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Berita kematian Salahuddin tidak benar - SUA

Salahuddin dikejarkan ke hospital selepas mual, muntah-muntah

Salahuddin alami pendarahan otak, sedang jalani pembedahan

Fadillah, Nanta doakan Salahuddin diberi kesembuhan

Salahuddin selamat jalani pembedahan

Jangan sebar spekulasi berhubung status kesihatan Salahuddin - SUA

Anak mohon hanya ahli keluarga lawat Salahuddin

Keadaan Salahuddin stabil, dalam pemantauan ICU - Dr Zaliha

Anwar doakan Salahuddin segera sembuh