KUANTAN - Seorang lelaki maut dipercayai dihempap batu semasa melombong emas di Sungai Kadir, Kampung Sungai Temau, Lipis pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, Ketua Balai Polis Merapoh menerima panggilan orang awam berhubung kejadian terbabit pada jam 4.30 petang.
Menurutnya, berdasarkan laporan awal, kejadian dipercayai berpunca akibat runtuhan tebing ketika mangsa, Suhaimi Sudin, 44, menjalankan aktiviti melombong emas di kawasan berkenaan.
"Jarak lokasi tempat kejadian dengan Felcra Sungai Temau lebih kurang tiga kilometer," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Azli memberitahu, dua lagi rakan mangsa terselamat dan tidak mengalami kecederaan.
Menurutnya, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih diteruskan.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat,” katanya