Bomba tidak terima laporan 'ular gergasi' di Elmina

Iklan
Tangkap layar seekor ular gergasi yang didakwa ditemui di sekitar kawasan Elmina.

SHAH ALAM - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor tidak menerima sebarang laporan atau panggilan kecemasan mengenai ular gergasi di kawasan perumahan Elmina, di sini yang videonya tular di media sosial.

Video yang dikongsikan pemilik Twitter pemilik akaun @yayaaazmi pada Sabtu memaparkan reptilia berkenaan sedang menjalar di satu kawasan berbukit perumahan terbabit.

Iklan
Iklan

Menerusi ciapan itu memaklumkan kehadiran ular terbabit dirakam oleh salah seorang penduduk dan dikongsikan dalam kumpulan aplikasi Whatsapp komuniti penduduk.

"Seram weh besar macam ini, bukan setakat orang ni, lembu kambing pun dia telan ni," katanya.

Iklan

Menerusi perkembangan terbaharu yang dikemaskini pada Ahad, pengguna Twitter itu mendakwa haiwan berkenaan telah ditangkap oleh Jabatan Perhilitan.

Bagaimanapun tiada sebarang pengesahan dibuat setakat ini.

Iklan

"Perkembangan daripada kumpulan komuniti Denai Alam, setakat hari ini ular gergasi telah ditemui oleh perhilitan. Saya kurang pasti dengan kebenarannya sebab ibu saya sahaja berada dalam kumpulan Whatsapp dan dia kongsikan perkara ini. Jika sesiapa mempunyai sebarang maklumat sila kongsi,” dakwanya.