ALOR SETAR - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menyifatkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang aktif dan bekerja keras dalam memastikan tiada kenaikan harga barangan di negara ini.
Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui pemergian Allahyarham secara tiba-tiba pastinya meninggalkan kesan kepada dirinya yang mengenali Salahuddin sejak sekian lama.
Tambahan pula kata beliau, Ahli Parlimen Pulai itu merupakan individu sinonim dengan konsep Rahmah yang memberikan faedah kepada rakyat khususnya bagi menangani isu kos sara hidup.
"Semua orang mengakuinya termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa Allahyarham diantara menteri yang yang gigih dalam menjalankan tugas.
"Allahyarham pergi ketika sedang menjalankan tugas. Ahli keluarga Allahyarham juga berada di sini dan saya sempat meminta anak-anaknya untuk pergi berbisik di telinganya dan memohon maaf sekiranya ada salah dan silap," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pada Ahad.
Salahuddin meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada jam 9.23 malam Ahad setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak pada usia 61 tahun.
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan, jenazah Allahyarham dijangka diterbangkan dari Alor Setar ke rumah ibunya di Tanjung Piai, Pontian, Johor menaiki penerbangan khas pada jam 1 pagi.
ARTIKEL BERKAITAN:
Salahuddin Ayub meninggal dunia
'Berehatlah sahabatku...' - Anwar
Suasana pilu selubungi ketibaan jenazah Salahuddin
Belangsungkawa Datuk Seri Salahuddin Ayub
Jenazah Salahuddin selamat disolatkan di Masjid Al-Badar
Jenazah Salahuddin dikebumi di Pontian tengah hari Isnin
Jenazah Salahuddin akan disembahyangkan di Masjid Al-Badar
Salahuddin aktif pastikan tiada kenaikan harga barang - Mat Sabu
Salahuddin rakan baik, budiman - Sanusi