Kerajaan patut tolak kehadiran The 1975 lebih awal - Hamzah

Iklan
Hamzah (empat dari kanan) bergambar selepas Majlis Pelancaran Jentera PN DUN Permatang di Tanjong Karang di Kuala Selangor pada malam Ahad.

KUALA SELANGOR - Perlakuan jelik dan biadab kumpulan The 1975 tidak sepatutnya berlaku di negara ini sekiranya kerajaan menolak lebih awal penganjuran konsert berkenaan.

Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, perkara itu tidak boleh dipandang sambil lewa dan tidak sepatutnya berlaku di negara ini.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, kumpulan seumpama itu secara jelas mempromosi budaya golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

"Sepatutnya sejak hari pertama sudah tolak permohonan dan tidak timbul apa yang berlaku ketika ini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Jentera Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang di Tanjong Karang di sini pada malam Ahad.

Iklan

Hamzah yang juga Ketua Pembangkang berkata, kerajaan perlu bertindak mengenai isu tersebut.

"Ketika ini kita mahu melihat apa tindakan kerajaan, jika tiada, maka rakyat tahu kerajaan ini macam mana.

Iklan

"Saya ketika memegang jawatan Menteri Dalam Negeri sebelum ini tidak pernah menerima kemasukan kumpulan seumpama itu di negara ini," tegas beliau.

Jumaat lalu, persembahan The 1975 di Litar Antarabangsa Sepang itu dihentikan selepas vokalisnya Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat.

Penyanyi itu didakwa memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan LGBT.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan penyertaan The 1975 pada awalnya ditolak Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), namun penganjur dan pengurus kumpulan itu memohon rayuan berserta aku janji bertanggungjawab sepenuhnya terhadap konsert mereka.

Pada Sabtu lalu, polis menerima tiga laporan polis berkaitan isu itu dan akan memanggil penganjur konsert tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi biadab The 1975 undang kemarahan orang ramai

Aksi sangat biadab The 1975: Fahmi minta penganjur Good Vibes Festival 2023 beri penjelasan

Aksi sangat biadab The 1975: Pengunjung boleh tebus tiket kemasukan

Henti konsert The 1975 bukti kerajaan tegas - Penganalisis

Aksi sangat biadab The 1975: Polis panggil penganjur

Festival Good Vibes dibatalkan serta-merta - Fahmi

'Haramkan The 1975 masuk ke Malaysia' - Dr Akmal

The 1975 disenarai hitam buat persembahan di Malaysia

Tiga laporan polis diterima berhubung kumpulan The 1975