[VIDEO] Kediaman ibu Salahuddin mula dikunjungi keluarga, sahabat handai

Iklan

PONTIAN - Kediaman ibu Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub di Kampung Serkat, Tanjung Piai, di sini, mula dikunjungi ahli keluarga dan sahabat handai seawal 7 pagi.

Ahli Parlimen Muar yang juga Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tiba pada 7.20 pagi diikuti Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Iklan
Iklan

Ahli keluarga terdekat turut berada di kediaman itu sejak dinihari.

Terdahulu, jenazah Ahli Parlimen Pulai itu tiba di Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, kira-kira 2.30 pagi ini.

Iklan

Jenazah Allahyarham yang diiringi isterinya Datin Seri Fatimah Taha dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, tiba di rumah ibunya Aminah Abdullah, 83, pukul 3.35 pagi.

Jenazah Allahyarham Salahuddin (gambar kecil) selamat tiba di kediaman ibunya, Aminah Abdullah di Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, sekitar pukul 3.35 pagi Isnin. - Foto Awani

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam tadi setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Iklan

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dalam catatan di laman Facebooknya pada Isnin merakamkan rasa sedih dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga atas pemergian Allahyarham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram.

"Saya mendoakan rohnya dirahmati ALLAH dan dimasukkan ke dalam Syurga ALLAH. Beliau adalah sahabat perjuangan sejak sekian lama.

"Dalam politik kami berlawan tetapi tidak bermusuh. Beliau beberapa kali berkunjung ke pejabat saya jika Dewan Negeri Johor bersidang. Ya ALLAH kau ampunilah dosa-dosanya," kata ADUN Rengit itu. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Salahuddin Ayub meninggal dunia

'Berehatlah sahabatku...' - Anwar

Suasana pilu selubungi ketibaan jenazah Salahuddin

Belangsungkawa Datuk Seri Salahuddin Ayub

Jenazah Salahuddin selamat disolatkan di Masjid Al-Badar

Jenazah Salahuddin dikebumi di Pontian tengah hari Isnin

Jenazah Salahuddin akan disembahyangkan di Masjid Al-Badar

Salahuddin aktif pastikan tiada kenaikan harga barang - Mat Sabu

Salahuddin rakan baik, budiman - Sanusi

Pesawat khas bawa pulang jenazah Salahuddin ke Johor Bahru

Jenazah Salahuddin akan dikebumikan di Tanjung Piai