Good Vibes Festival: Kerajaan bantu artis, vendor tidak dibayar

Iklan
Fahmi Fadzil. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Agensi MyCreative Ventures sedang mencari solusi terbaik bagi membantu artis tempatan dan vendor yang tidak mendapat bayaran susulan pembatalan serta-merta Good Vibes Festival.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan, MyCreature Ventures sudahpun menghubungi mereka yang terlibat dan akan tampil dengan penyelesaian dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

"Kami telah menghubungi vendor dan artis tempatan. Persembahan antarabangsa telah dibayar tetapi artis tempatan tidak diberi bayaran.

"MyCreative Ventures telah menghubungi bagaimana untuk membantu penjual makanan dan artis tempatan dan saya akan menyerahkan kepada mereka untuk memaklumkan kami bantuan yang boleh diberikan," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Watikah Komuniti Madani peringkat zon Selangor di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, pada Ahad.

Fahmi sebelum ini mengarahkan persembahan Good Vibes Festival yang berbaiki dua hari dibatalkan serta-merta susulan aksi vokalis kumpulan British The 1975, Matty Healy yang memperlekehkan undang-undang Malaysia berkenaan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Iklan

MyCreative adalah salah satu cabang pelaburan kerajaan bermatlamat meningkatkan industri kreatif tempatan ke tahap lebih tinggi menerusi pelaburan kewangan strategik dan inovatif, sama ada dalam bentuk ekuiti atau pinjaman. - Awani

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi biadab The 1975 undang kemarahan orang ramai

Iklan

Aksi sangat biadab The 1975: Fahmi minta penganjur Good Vibes Festival 2023 beri penjelasan

Aksi sangat biadab The 1975: Pengunjung boleh tebus tiket kemasukan

Henti konsert The 1975 bukti kerajaan tegas - Penganalisis

Aksi sangat biadab The 1975: Polis panggil penganjur

Festival Good Vibes dibatalkan serta-merta - Fahmi

'Haramkan The 1975 masuk ke Malaysia' - Dr Akmal

The 1975 disenarai hitam buat persembahan di Malaysia

Tiga laporan polis diterima berhubung kumpulan The 1975